Monday, October 3, 2016

Penyokong Disuruh Menyanyi 'Anak Kecil Main Api' Tetapi Pemimpin Jual Harta Negara Kepada Cina DAP


Kemarahan orang Melayu khasnya di kawasan luar bandar terhadap cina DAP semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, sesuatu yang dianggap penganalisis, kejayaan besar kempen Umno memburukkan parti itu sejak sekian lama.

Walaupun mereka sendiri tidak mengenali yang mana satu cina DAP, Gerakan atau MCA.

Perasaan panas hati terhadap DAP dikalangan penyokong umno kini boleh dikesan di mana-mana, hatta melalui komen di laman sosial termasuk Facebook dan kajian ilmiah pengkaji.

Kempen dan propaganda Umno membenci DAP semakin berkesan apabila PAS hampir-hampir bekerjasama dengan Umno/Najib dan mula menyerang parti DAP tersebut dengan memainkan sentimen Agama.


Taktik ataupun disebut propaganda yang sedang giat dimainkan oleh Najib dan sekutunya kini adalah menakut-nakutkan masyarakat Melayu dengan niat supaya orang Melayu membenci parti DAP sekalugus mereka juga membenci pembangkang.

Taktik ini dilakukan agar umno terus berkuasa dan pemimpin yang korup terus berkuasa.

Najib dalam Persidangan Agong Umno yang lalu menegaskan bahawa "Satu undi untuk pembangkang bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa Melayu tercinta".

Sesiapa sahaja pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan pemimpin DAP dianggap pengkhianat dan dalam masa yang sama mereka menyakau duit rakyat dengan menjual harta negara kepada cina DAP.

Bukankah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat itu adalah pengkhianat sebenar. Mereka sebenarnya lebih bahaya daripada cina DAP.

Cina DAP tidak menjadi bahaya jika tidak ada pemimpin Umno sendiri yang menjadikan mereka bahaya. 

Berapa banyak tanah orang Melayu telah dijual kepada rakyat kemudian pemimpin bawahan meroyan meminta penyokongnya menyanyikan lagu 

'Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman'

Maka Mak Bedah dan rombongan wanita umno dari kampung menyanyi sambil menangis teresak-esak kononnya jika umno dan Najib tidak lagi memerintah Malaysia maka Melayu akan hilang segala-galanya.

Mari kita teliti fakta di bawah ini siapa yang mengkhianati orang Melayu dengan menjualharta rakyat kepada cina DAP.

1. Baru-baru ini tanah DESA WATER PARK (telah ditutup)dijual kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong.* Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan. Kenapa tidak dijual pada GLC atau pada korporat Melayu?

2. 60 % saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park telah diberi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China.

3. Jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB (Guna duit hutang dari Tabung Haji) kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-Cina negeri China. Cina lagi!!

4. Siapa yang tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion? Bukan DAP!

5. Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan Najib tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya - Yang mana sudah terbukti bahaya?

6. Beli penjana elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan dijual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - Najib atau Cina DAP?

7. Tanah DBKL di Pantai Dalam dijual kepada konglomerat Cina, YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark.

Umno/Najib TERBUKTI LEBIH BAHAYA daripada DAP!!

5 comments:

  1. Tanah Penang Bahagian Pulau habis terjual pada China tu salah Najib juga ke? Elok admin simpan Biol tu sikit. Jangan tunjuk banyak sangat.

    ReplyDelete
  2. Anon 9.56pm..isunya umno yg konon mmprjuangkn hidup melayu tp mrk yg sebenarnya pngkhianat melayu dgn mnjual tanah2 milik melayu kpd cina tmptn dan cina komunis tanah besar...simpan sikit ko pnya bodo utk ank cucu..

    ReplyDelete
  3. Anon 9.56pm..isunya umno yg konon mmprjuangkn hidup melayu tp mrk yg sebenarnya pngkhianat melayu dgn mnjual tanah2 milik melayu kpd cina tmptn dan cina komunis tanah besar...simpan sikit ko pnya bodo utk ank cucu..

    ReplyDelete
  4. Melayu tak berubah susah nak survive, kalau berubah pun susah juga, jadi tamak haloba, hasad dengki sesama sendiri..jadi marilah renungkan kembali, arah mana yang dituju, jalan mana yang kita lalui. Yang bengkok mari kita luruskan, yang salah mari diperbetulkan dan yang buruk mari diperelokkan. Yang memimpin dan yang dipimpim saling ingat mengingatkan...demi masa sesungguhnya manusia berada didalam kerugian,melainkan mereka yang mengerjakan kebaikkan dan mereka yang berpesan dengan kesabaran.

    ReplyDelete
  5. Melayu tak berubah susah nak survive, kalau berubah pun susah juga, jadi tamak haloba, hasad dengki sesama sendiri..jadi marilah renungkan kembali, arah mana yang dituju, jalan mana yang kita lalui. Yang bengkok mari kita luruskan, yang salah mari diperbetulkan dan yang buruk mari diperelokkan. Yang memimpin dan yang dipimpim saling ingat mengingatkan...demi masa sesungguhnya manusia berada didalam kerugian,melainkan mereka yang mengerjakan kebaikkan dan mereka yang berpesan dengan kesabaran.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.