Thursday, October 27, 2016

Polis Puji Kumpulan Baju Merah Umno Kerana hantar Notis Demontrasi Pada Hari Yang Sama Dengan Bersih 5


Polis tidak akan membenarkan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November kerana mendakwa penganjur tidak menghantar notis berhubung perhimpunan yang dijadualkan pihak mereka.
 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan Baju Merah umno, yang akan menjalankan perhimpunan bertentangan dengan Bersih 5 telah menghantar notis untuk perhimpunan mereka 2 hari lepas. 

Ini bererti kumpulan pengganas baju merah umno juga akan dibenarkan mengadakan demontrasi ditempat dan pada hari yang sama seperti Bersih 5.

Khalid berkata walaupun Akta Perhimpunan Aman membenarkan perhimpunan berlangsung dan rakyat berhimpun untuk membantah, undang-undang mesti dipatuhi.

Ditanya sama ada Bersih 5 diberi kebenaran untuk meneruskan rancangan mereka, Khalid berkata: “Tidak kerana mereka tidak memberi sebarang notis.”

“Kami akan mengambil tindakan. Tunggu… perlahan-lahan, kami akan ambil tindakan. Ia normal,” katanya sambil menambah notis awal diperlukan untuk membolehkan polis membuat persediaan bagi menangani sebarang kejadian tidak diingini.

“Jika mereka tidak memberi notis dan tiba-tiba muncul di Chow Kit dan jalan-jalan lain, bagaimana kita boleh menghantar orang kita di sana?

“Kemudian, mereka akan menyalahkan kita kerana tidak meletakkan polis sebagaimana perintah yang diperoleh. Kedua-dua pihak sentiasa melakukan ini (meletakkan kesalahan kepada polis),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tamat pengajian peserta kepolisan moden di ibu pejabat polis, hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, beliau akan bertindak balas kepada kenyataan Khalid dalam satu sidang media petang ini.

Pada Julai, Khalid memberikan lampu hijau kepada Bersih 5, dengan syarat peserta tidak menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, beliau meminta penganjur termasuk Baju Merah agar memaklumkan pihak polis agar mereka dapat merancang lebih awal.

2 comments:

  1. Hormat undang. Hantar lah notis. Jangan langgar peruntukan notis..

    ReplyDelete
  2. Nk bergado pon kena ad permit sekarang..kalu bergado juge baru dnamakan sukan gusti n tomoi..

    Kalu x anta permit,berhimpun ramai2 d anggp pemberontk..

    Bersih5 anta permit..ikut undang2 sblum d lokap sampahkan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.