Monday, October 31, 2016

Polis Sepatutnya Menyiasat Kehilangan Wang Rakyat Berbilion Ringgit Bukan Siasat Menteri Yang Bercakap Benar


Tindakan 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Parlimen tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan, sebaliknya mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, kata peguam.

“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu undang-undang, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.

“Lebih penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” kata peguam lagi


Pihak polis dilihat mengambil tindakan cukup drastik menyiasat ketiga-tiga menteri yang berkata benar mengenai penyelewengan wang rakyat melalui 1 MDB hanya beberapa jam selepas laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1MDB di parlimen setelah gagal mendapat jawapan yang meyakinkan di kabinet wajib dipuji.
 

Pihak polis supaya tidak seharusnya membazirkan tenaga dan masa mereka untuk menemuramah Ahmad Husni hanya kerana beliau berkata benar mengenai penyelewengan wang rakyat.

Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama. Malah, pada 20 Oktober lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.

Soalan Ahmad Husni sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara, dan bukannya pihak berkuasa sebaliknya membawa beliau untuk disoal siasat. Ahmad Husni membangkitkan soalan iaitu:

Mengapa kita tubuhkan 1MDB?

Dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja yang didaftar di British Virgin Island?

Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang tidak betul? Dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

Jika seorang menteri kewangan kedua seperti Ahmad Husni yang bekerjasama dengan menteri kewangan pertama - yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - tidak mempunyai hak untuk bertanya di parlimen, apakah lagi rakyat biasa yang inginkan kebenaran mengenai isu 1MDB didedah?

Jika Ahmad Husni perlu disoal siasat, seluruh kabinet juga perlu disoal siasat – apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB?

Apakah Najib menggunakan polis untuk menakut-nakutkan ahli parlimen supaya jangan menyentuh isu 1 MDB?


Senario Siasatan Polis mengenai 1 MDB

14 Apr 2016 -
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bakar. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu. 

19 Ogos 2016 - Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlandaskan lima syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen. 

20 Oktober 2016 - Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang giat mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan mengenai 1MDB.

31 Oktober 2016 - Bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat kerana ucapan di Dewan Rakyat mengenai isu penyelewengan 1 MDB.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.