Thursday, October 6, 2016

Rosmah Malu Anak Muda Tak Hormat Lagu Negaraku Dan Jalur Gemilang


Rosmah Mansor semalam menegur anak muda dan belia negara ini yang tidak menghormati simbol kebangsaan seperti lagu kebangsaan dan Jalur Gemilang ketika berucap di majlis penutup program “Malaysia Di Hatiku” malam semalam.

Kata Rosmah Golongan muda hari langsung tidak ada perasaan malu kepada orang luar, mereka semakin tidak menghormati bendera Malaysia dan lagu negaraku


“Bayangkan apakah orang luar akan fikirkan tentang kita. Bagaimana kita harapkan orang luar hormati bendera jika kita sendiri pun tidak menghormatinya?” soal beliau.

Komen beliau itu selang beberapa hari penangkapan 9 warga Australia kerana memakai seluar dalam Jalur Gemilang ketika acara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan 9 lelaki warga Australia yang berseluar dalam corak Jalur Gemilang pada perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, Ahad lalu, daripada tuduhan menyebabkan kacau ganggu awam, meskipun semua tertuduh mengaku bersalah.


Pesanan - Ingat Sirul masih ada di Australia dan dalam jagaan pihak berkuasa Australia






1 comment:

  1. Rakyat pun malu kita ada org macam rosmah. Oklah tu

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.