Tuesday, October 18, 2016

RUU 355: Hadi Kena Kencing Dengan Najib, Usul Ditolak Ke bawah





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tergesa-gesa meninggalkan persidangan dewan rakyat hari ini.

Beliau hanya berdiam diri ketika diajukan soalan mengenai usul persendiriannya yang telah diturunkan ke senarai nombor tujuh dalam kertas perintah bagi sesi terakhir Parlimen tahun ini.

Malah anggota parlimen Marang itu juga hanya tersenyum ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan sebelum kereta yang dinaikinya meninggalkan Dewan Rakyat.

Hari ini Hadi dah kena kencing dengan Najib, usul kontroversi 'hudud' Abdul Hadi telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah. Sebelum ini Hadi dijanjikan usul oleh Najib akan menempatkan usulnya pada senarai ke-4.

Usul bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor empat semalam kepada nombor tujuh hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.


Nampaknya Haji Hadi kena kencing lagi dengan Najib dan Umno.

RUU 355 bukan hudud seperti digembar gemburkan oleh Parti Hj Hadi. Sebelum ini, hudud digambarkan nyawa mereka, ada MB yang sedia hilang jawatan, ada yang yakin hudud terlaksana pada 2015 yang lalu malah ada yg tidak segan-silu yakin hudud akan dibentang sebelum 9 April 2015. 

Rupa-rupanya hudud yang diwar-warkan, bertukar wajah menjadi RUU 355. Itupun bertapa taksubnya mereka masih tegar mengata RUU 355 itu adalah hudud. 

4 comments:

  1. Parlimen bru stat bersidang...
    Ap ad masalh no 1 2 3 4 7. Yg penting HUDUD akn dbncangkn d parlimen tahun ni..

    Kna kencing ngan madey 23taun, smue org mlysia buat2 bodo je hngga skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan :

      RUU 355 bukan hudud ok.

      Delete
    2. RUU ni undang-undang syariah yang bukan hanya patut ditentang oleh Pakatan Harapan. Malah sepatutnya semua umat Islam bangkit menentang undang2 ini. Tidak boleh hanya bergantung hanya pada Dap, Pan dan Pkr sahaja!!

      Delete
    3. Kamik dah tak sabor sabor nak hukum dilaksanakan...seronok nak tengok pembangkai dedak@rasuah songlap duit rakyat bilion bilion kena hukum ikut hudud...woow kepala otak &kepala gundul butu kena potong pakai sinsow...kilikili

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.