Friday, October 7, 2016

Saman DOJ Terhadap Kumpulan 1 MDB Akan Diperdengarkan Tidak Lama Lagi - Duta AS


Bila saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ)m Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai:

Adakah saman itu boleh jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Apa akan jadi pada hubungan dua hala antara Malaysia-AS?

Untuk soalan pertama, duta AS ke Malaysia Joseph Y Yun dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur pada mulanya agak keberatan berkongsi pandangan.

“Saya rasa saya jawab soalan seterusnya,” katanya sambil ketawa apabila ditanya pandangannya berkaitan soal pencapaian Najib setakat ini.

Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ 


“Saya tiada nasihat untuk Najib berkaitan perkara itu. Wow, selamat berjaya...,” kata Yun sambil ketawa kecil.

“Tidak, tiada apa-apa yang saya nak komen ”

Bagaimanapun, dengan nada lebih serius, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

“Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di AS,” katanya.

Yun berkata beliau menjangkakan pendengaran awam akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi menegaskan ia tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-AS.

Ditanya kena isu berkaitan 1MDB bukan kes jenayah, Yun berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan perkara itu kerana ia keputusan DOJ.

* Rakyat Malaysia keseluruhannya rasa dukacita apabila PM Malaysia terbabit dengan penyelewengan wang rakyat(1 MDB) yang akan dibicarakan di Amerika Syarikat.

Amat malang bagi rakyat Malaysia kerana mereka menanggung malu akibat perbuatan PM mereka yang seperti tidak bertanggung jawab.

Untuk mengelakkan malu berterusan marilah kita sokong parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)demi kesejahteraan rakyat, jangan hanya kerana mendapat kain pelikat/batik sehelai maka rasa simpati bertukar kepada umno.

Berita ini tak akan ada diterbitkan di TV 3 suku atau Utusan Malaysia

2 comments:

  1. Bile nk dprdgarkan???

    Naik berjanggut tunggu DOJ saman...

    Madey nk jtuhkan njib dah 2 taun dah..njib xjtuh2 lgi..

    Fitnah lain xd ker slain dri 1mdb??bosan lerrr
    Hehehe

    ReplyDelete
  2. Dari sokong PPBM baik aku sokong MIC

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.