Saturday, October 29, 2016

SELEPAS GAGAL ISU SEKS JMM MINTA POLIS SIASAT MUHYIDDIN DIBAWAH AKTA OSA


 




Selepas Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah gagal dalam memfitnah Tan Sri Muhyiddin mengenai skandal seks, JMM membuat laporan polis kononnya ucapan laporannya Tan Sri Muhyiddin dalam parlimen minggu lepas melanggar akta OSA.

Azwanddin mahu polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin dengan kadar segera kerana kononnya Tang Sri Muhyiddin telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) apabila berucap mengenai 1 MDB kerana 1 semua dokumen 1 MDB telah diklasifikasikan sebagai  rahsia.

Azwanddin dalam laporannya  berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat" kerana memburruk-burukkan syarikat kerajaan 1 MDB.

Sebelum itu Azwanddin melalui JMM juga pernah memfitnah kononnya Tan Sri Muhyiddin terlibat dalam skandal seks namun fitnahnya itu gagal mendapat perhatian rakyat.

JMM dibawah Azwanddin juga pernah mengganggu sidang media Tan Sri Muhyiddin mengenai penubuhan parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun kerja kotor mereka gagal juga.


Kini mereka seolah-olah meminta bantuan pihak polis dalam kerja kotor mereka supaya segala kerja kotor mereka terhadap Tan Sri Muhyiddin serta parti Bersatu dianggap berjaya.

JMM merupakan sebuah NGO seperti NGO pengganas baju merah yang menjadi tulang belakang bagi mempertahankan Najib bagi terus berkuasa di Malaysia.

Dengan kerja keras Azwanddin untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin  akhirnya beliau diberi

penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Tahniah penjilat Najib semoga kerja kotor anda akan diketahui rakyat juga akhirnya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.