Tuesday, October 18, 2016

Tanpa Duit Cukai GST Daripada Rakyat Ekonomi Malaysia Akan Lumpuh Kata Najib


Ekonomi Malaysia akan lumpuh jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diturunkan daripada 6% kepada 3%, kata  Najib Razak.

“Jika tidak ada GST, ekonomi negara akan lumpuh,” kata Najib yang juga menteri kewangan. 


Sejak akhir-akhir ini Najib selalu menyebut kebaikan gst ini bererti kemungkinan besar cukai gst akan dinaikkan pada tahun depan.

Beliau juga berkata eksport Malaysia, terutamanya dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, kelapa sawit dan mineral menurun ekoran ekonomi global yang semakin lemah.


Sebelum ini Najib mempertahankan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh namun tiada seorang pun pakar ekonomi menyokong kenyataan Najib.

Malaysia perlu mencontohi kerajaan Arab Saudi yang mengumumkan memotong 20 peratus gaji menteri bermula 1 Oktober ini sebagai langkah penjimatan akibat penurunan harga minyak.

Kerajaan Arab Saudi tidak menyusahkan rakyatnya dengan mengenakan cukai sepertimana Malaysia lakukan kepada rakyatnya.

Sepatutnya sudah sampai masa jumlah anggota jemaah menteri perlu dikurangkan, kata pakar ekonomi.

Pengurangan ini sangat penting kerana jumlah anggota kabinet kerajaan Malaysia terlalu besar jika dinisbahkan dengan jumlah penduduk Malaysia yang hanya berjumlah 30 juta orang berbanding dengan negara negara maju di dunia.

Persoalannya, apakah negara Malaysia memerlukan sejumlah 35 orang Menteri seperti yang sedia ada untuk menguruskan negara yang rakyatnya tidak melebihi 30 juta penduduk. 

Berbanding dengan negara maju dan besar seperti Jepun 16 Menteri untuk rakyatnya 127 juta, Amerika Syarikat 18 Menteri untuk rakyatnya 313 juta penduduk, United Kingdom dengan hanya 25 orang Menteri dengan rakyatnya 63 juta penduduk, manakala India dengan memiliki penduduk  1.2 bilion hanya mempunyai 32 Menteri. Sedangkan Malaysia dengan rakyat tidak melebihi 30 juta mempunyai 35 orang Menteri Kabinet dan 27 Timbalan Menteri.

Jadi kenapa Malaysia perlu berbelanja mewah untuk menanggung 35 orang Menteri dan 27 Timbalan Menteri dengan mengguna wang pembayar cukai termasuk pembayar cukai GST. Wang pembayar cukai disalahguna untuk menyuap mulut dan mengembung perut Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri.

Sedangkan mereka gagal meningkat taraf hidup rakyat sebaliknya rakyat dan negara terpaksa menanggung beban daripada penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang negara dengan pelbagai skandal kewangan yang berlaku.

Apa perlu Malaysia mempunyai dua orang Menteri Kewangan? Apa perlu dilonggokkan 10 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apa perlu kita pisahkan kembali Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan kembali Kementerian Pendidikan Tinggi? 

Malaysia seharusnya mencontohi negara besar dan maju dengan saiz kabinet yang kecil dan jumlah menteri yang sedikit tetapi mampu melonjak pencapaian negara mereka. Malaysia dengan jumlah 35 orang Menteri dan 27 Timbalan Menteri sekadar berjaya mencari dan menambah pendapatan negara melalui GST ke atas rakyat serta melonjakkan pencapaian  dengan satu demi satu skandal-skandal besar negara.

Pengecilan saiz kabinet dan jumlah Menteri ialah untuk mengurangkan perbelanjaan negara, apatah lagi pada waktu rakyat sedang menanggung beban sara hidup yang tinggi akibat daripada GST dan kenaikan harga minyak. 

Pengurangan perbelanjaan ini boleh diguna untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Cadangan ini juga untuk meningkatkan kecekapan bekerja dalam kalangan anggota kabinet dengan memilih mereka yang benar-benar berkebolehan dan berjiwa Malaysia. Cukuplah kerajaan berlagak mewah selama ini sedangkan rakyat hidup menderita. 

6 comments:

  1. kalau lumpuh dah tentu pembangang tak hinginkan Putrajaya. makanya apakah pembangang akan berani janjikan pemansuhan cukai itu dan ini???

    ReplyDelete
  2. Don't forget the IPIC-Aabar dispute with 1MDB in London arbitration......+/- $6 bloody billion in GREENBACK not RM!

    Chances are 1MDB is going to suck on the US$6 billion and that my friend the government of Bugis-Pirate is liable....but the rakyat will bear the hard-brunch!

    We're wishing otherwise, but the possibility of Malaysia's economy collapsing is very very real, ignore this and you will be in adeep shit!

    ReplyDelete
  3. Cmne xlumpuh..si vida, si annda,si vncent toto smue nk LARI n X BAYAR CUKAI...

    Cai byangkan si vida lari cukai staun pon 4 juta...kalu bisnes si vncnt toto plk brape dia bole lari cukai???

    ReplyDelete
  4. Sebelum GST dan pemansuhan subsidi petrol ok jer...baru nak masuk 2 tahun diperkenalkan.

    ReplyDelete
  5. Apa ada hal ..kan 1mdb ada!! .Najib pun ada cakap penubuhan 1mdb adalah untuk menjada pendapatan negara. Buktinya kan dah ramai orang kampung yg dia dah hantar pergi haji. Duit berjudi dan buat filem porno pun 1mdb dah sponsor. Tak kutip GST pun dah berlebih-lebih dah pendapatan negara. Jangan dengar cakap Tun dan pakar2 ekonomi yg mengatakan negara kita akan bangkrap. Tu semua tak betul tu!!! .

    ReplyDelete
  6. Mmg x btul...mlysia xbnkrp ponn.cai2 suh kadir jasin tokey suratkabar lama bncang hal ekonomi mane dia pandai hal2 ekonomi ni..

    Hal gosip urtv si kadir pandai..
    Kahkahkah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.