Thursday, November 3, 2016

Belum Pun Sampai 24 Jam Pelantikan, Umno Mula Gerakan Memfitnah

Belum pun sampai pelantikan pemimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) umno sudah memulakan gerakan memfitnah melalui blog yang berselindung disebalik nama pakatan rakyat.


Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan kehadiran parti Bersatu kerana menggugat kekuatan Umno lalu mereka sanggup memfitnah sedemikian rupa.



Pada hakikatnya hubungan Dato Hamidah dan Datuk Seri Khairuddin masih baik walaupun Khairuddin telah keluar daripada parti Bersatu.

Untuk pengetahuan Dato Hamidah dan Datuk Seri Khairuddin pernah berada dalam satu kumpulan yang sama iaitu KAMY MAHATHIR. Matlamat kumpulan 'Kami Mahathir' adalah menyokong Tun Mahathir dalam gerakan mengundurkan Najib iaitu perdana menteri paling korup.



Khairuddin selalu menghubungi Dato Hamidah jika ada masalah yang dihadapinya bagi mendapatkan pendapat Dato Hamidah dalam hal politik.

Tiada isu langsung Dato Hamidah untuk mempertikaikan pengorbanan Khairuddin dalam menyokong Tun Mahathir.

Tidak tahu darimana blogger bertopengkan negara pakatan rakyat ini mendapat ulasan sedangkan Dato Hamidah tidak pernah dihubungi oleh mana-mana akhbar selepas pelantikan apatah lagi blogger macai umno ini.

Diminta kepada ahli-ahli Parti Bersatu berhati-hati dengan fitnah yang mula tersebar mengenai parti Bersatu dengan niat agar pemimpin parti Bersatu bertelagah sesama sendiri.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.