Thursday, November 17, 2016

Bersih Untuk Rakyat Sedangkan Pengganas Baju Merah Untuk Pemimpin Penyamun, Yang Mana Rakyat Pilih



Himpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November ini dan penganjur bersiap sedia dengan pasukan keselamatan sendiri untuk berdepan ancaman Gerakan ganas Baju Merah yang dibiayai oleh pemimpin penyamun yang takut dengan suara rakyat.

Apa hak kumpulan pengganas baju merah untuk menyekat rakyat daripada berhimpun secara aman demi untuk bersuara. 


Apakah Malaysia sudah tidak ada lagi sistem demokrasi yang digembar-gemburkan oleh pemimpin umno.
Apa hak pengganas baju merah untuk memukul dan menghalau rakyat daripada mengadakan himpunan aman?
Malangnya mereka direstui oleh polis dan pemimpin termasuk menteri umno demi untuk mengharamkan perhimpunan Bersih.

Lihatlah beberapa kenyataan berbaur ugutan dan hasutan yang dikeluarkan oleh ketua pengganas Baju Merah iaitu ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Jamban.
Beliau mahu mencincang sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan Bersih namun Ketua  Polis Negara hanya memandang sebelah mata dengan ugutan dan hasutan tersebut dan dianggapnya hanya perang mulut. Tetapi bila dipihak pembangkang yang keluarkan kenyataan yang sama mereka akan didakwa dibawah akta hasutan.

Bersih berharap sangat Polis lebih adil bertindak kerana polis dibayar dengan duit rakyat demi untuk memastikan undang-undang dipatuhi semasa perhimpunan itu.

Walaupun kumpulan pengganas Baju Merah umno cuba membuat ugutanrakyat yang masih sayangkan Malaysia tidak akan menghentikan usaha mereka


Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.

Bersih dalam kenyataannya mendakwa pergaduhan itu hampir membunuh penyokongnya dan menegaskan badan itu hanya mahu menggalakkan keamanan, bukannya menimbulkan rusuhan.

Objektif kumpulan pengganas Baju Merah adalah untuk mempertahankan pemimpin penyamun yang sedang menyanyi-nyanyi ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan kos sarahidup yang terlalu tinggi.

19 comments:

  1. Merah atau kuning aku tak pilih. Sebab aku tak percaya perjuangan yang dianjurkan oleh kedua dua pihak. Aku pilih yang biru. Tlg jangan guna nama rakyat dalam hal ini. Rakyat hendak mereka yang berjuang melalui kaedah berlandaskan undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wujudnya kuning adalah kerana biru yang dipimpin oleh puak penyamun..

      Delete
  2. benar..jangan cuba berselindung atas nama rakyat..berapa kerat saja rejim ganas kuning yang terlibat..rakyat majoriti yang bencikan tindak tanduk pengganas kuning harus di hormati dan di lindungi..

    ReplyDelete
  3. Baju kuning mewakali rakyat yg mana.
    ...rakyat yg tak sukakan Malaysia ini dibawah pimpinan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada otak tpi hg x dak akal la mat oi.. Bodoh namanya ikut pemimpin boros

      Delete
    2. Ya.. Otak nya dah terbalik.. Bodoh...

      Delete
  4. Pengganas kau cakap. Kau sedar sikit kau duduk bawah siapa. Melayu dikuda kan cina. Malaysia jadi kicau bilau sebab kuning bersih ni lah. Apa yang bersih. Tak ada apa pun. Puihh perhimpunan mengarut. Pijak2 gambar pemimpin dan ulama . itu ke yang dinama kan bersih demi rakyat. Itu biadap nama nya. Dah teserlah nampak cina bersih 0.0 pijak gambar pemimpin & ulama. Nak jugak kau sokong. Agak kau buta atau saja2 buat tak nampak. Mencemar kan nama malaysia je. Aku bersyukur malaysia ni aman damai. Ini lah dia bangsa melayu yang tak kenang budi. Lupa diri??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin makan rasuah ok? Kenapa lar kamu hina melayu? Takde ke melayu yang boleh memimpin Kecuali umno? Selain umno hanya DAP? Kenapa lar otak kamu sempit sangat? Muhayiddin, mukhriz tak boleh? Jangan lar hina melayu

      Delete
    2. 1MDB punya angkara sekarang rakyat yg jadi mangsa, 2.6 bilion sapa yg kenyang?

      Delete
  5. Saja nk hura harakn Malaysia. Suara rakyatkn ada pilihanraya. Pelik betul.Malaysia bkn tkde pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihanraya pun klu tipu tidak ada maknanye. Bn@umno penipu no 1 di Malaysia.

      Delete
    2. Pilihanraya pun klu tipu tidak ada maknanye. Bn@umno penipu no 1 di Malaysia.

      Delete
  6. Kenapa lar bodoh sangat malay ni. Tk ada ke melayu yang boleh memimpin selain umno? Kami tak nak BN bukan makna nak dap..

    ReplyDelete
  7. Boleh menipu & rasuah asalkan Melayu... itulah pemikiran pemakan dedak

    ReplyDelete
  8. Apa tunjuk gmbar lama?...bersih hari ni mana ada baju hijau?

    ReplyDelete
  9. Jgn jd bodoh...malaysia dlm bahaya, jgn bbgga malaysia masih aman... bila2 bole jd x aman jika pmimpin kaki rasuah,songlap, rasis, jual aset ngara ssuka hati kpd ngara luar....bpkir jauh skit, jgn pkir hari ini shja....ingat anak cucu...

    ReplyDelete
  10. Adakah dgn kemenagan kuning, masalah selesai? Atau merah?
    Allah penyelesai masalah.
    Allah lah perbaiki kehidupan,
    Allah lah turunkan musibah,
    Allah perbaiki kehidupan kalau amalan2 org2 yg beriman itu baik.
    Amalan2 manusia akan baik kalau manusia perbaiki keyakinan mereka kpd Allah dan kembali kepada perintah Allah.

    Haru biru kalau percaya kuning merah punya kuasa penentu..hatta trump sendiri tiada kuasa...
    Kembali lah dekat pada nya kembali kepada sunnah baginda kerana itu janji kejayaan...
    Wallahu aqlam

    ReplyDelete
  11. Bagi saya kita ada hak untuk pilih kerajaan bila masa tiba pilihan raya nanti. Dan bila ada keputusan yg mejoriti mana mana pihak parti yang menang terima lah ini kan demokarasi.. saya risau andai berjaya lah perhimpunan ini berjaya mengubah keadaan tak mustahik ada pihak yang kalah juga membuat cara yang sama....ini pandangan saya yang tidak merah atau kuning..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.