Friday, November 11, 2016

Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat


Bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah.

Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB.

Yak adalah pengurus bank bagi jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI.

Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.

Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei sedang dibicarakan dan berdepan dengan empat pertuduhan kerana cuba mengganggu saksi.

Yeo semalam memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.

Polis Singapura berkata mereka sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.

Itu cerita di Singapura bukan negara Islam, cerita di Malaysia yang negaranya majoriti orang Islam dan diperintah 90% orang Islam pula, menyatakan 1 MDB tiada apa-apa kesalahan.

Sudah berbilion wang rakyat Malaysia hilang sehingga rakyat menanggung beban dengan pemotongan subsidi dan kenaikan harga barang namun tiada satu pun sisatan dijalankan terhadap 

1 MDB.

Ketua Polis negara pun sampai sekarang belum lagi dapat mencari Jho Low dan Riza Aziz...nasiblah rakyat Malaysia mempunyai pemimpin seperti pemimpin umno.

3 comments:

  1. Haiii..aritu punye entry siap ada peta gps kapal layar jho lho belayar d selat mlaka sbb ape x pegi tangkp jho lo??

    Takut kerr???
    Kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Yg menipu 1mdb si yak. Najib kena tuduh.

    Yg ganggi saksi dan hapuskan bukti si yeo. Najib kena tuduh.

    Nasib la kalau dah terjilat lendir dan kahak soros.....

    ReplyDelete
  3. Malaysia ni undang2 special sikit. Yg buat repot yg kena tangkap. Yg jelas menipu kompem lepas. Tak sama dgn undang2 lain.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.