Friday, November 4, 2016

Penukaran Ketua Pemuda Perak Berkuatkuasa Serta Merta Jadi Tanda Tanya?


Satu Ipoh kecoh kerana Hotel di Tambun Inn dikatakan diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri Perak dan PDRM . Yang menariknya terdapat maklumat bahawa ketua pemuda umno negeri Perak merangkap ketua umno bahagian Ipoh Timor dan Naibnya turut ditangkap basah.

Walaupun tidak ada satu pun akhbar atau TV3 memuatkan berita ini namun penukaran ketua pemuda Umno negeri Perak berkuatkuasa secara serta merta menguatkan lagi info tersebut.

Menjadi kebiasaan akhbar arus perdana dan siaran TV dikawal oleh kerajaan Umno tidak akan memuatkan berita jijik ini kepada rakyat namun kalau yang ditangkap itu dipihak pembangkang, hampir setiap hari TV3 akan memainkan isu tersebut. Buktinya dalam isu Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Husni Hanazlah.

Dalam keadaan rakyat menghadapi tekanan ekonomi dengan bebanan peningkatan kos sara hidup umno sanggup menghabiskan duit di kelab-kelab malam. Mungkin mereka terlalu selesa dan terlalu mudah mendapat duit maka duit itu juga mudah dihabiskan di kelab-kelab malam. Malulah kita sebagai umat Islam kepada orang bukan Islam dengan melakukan perbuatan sebegini.

Adakah parti ini yang kita harapkan untuk membela nasib rakyat?

2 comments:

  1. Kalau tak tau citer sebenarnya janganlah cuba nak spin.... dan ko tak tau ke citer Husni tu atau saja2 buat tak tau ....sudah2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni tak tentu lagi cerita. Mungkin fitnah mungkin betul. Tapi yg ketua pemuda dan naib ni kompem. Hahhaa ..hebat pemuda umno. Benteng parti dan setiakawan. Ketua dan naib kaki tagan. Balun anak dara org. Hidup UMNO !!!

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.