Thursday, November 3, 2016

Sah!! Najib Sudah Berhutang Bagi Pihak Rakyat RM100b Dengan China Komunis



Najib merancang mengukuhkan hubungan dengan China Komunis selepas tindakan undang-undang difailkan oleh Jabatan Keadilan AS pada Julai yang mengaitkan beliau dalam skandal pengubahan wang haram.

Sebenarnya lawatan Najib ke China Komunis hanya membawa balik hutang sejumlah 100bilion kepada rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir.

Perjanjian bayaran adalah dibayar pada 2022 iaitu selepas mendapat duit daripada gadaian Bandar Malaysia kepada China.

Sebelum ini Najib beria-ia bersahabat baik dengan Presiden Obama namun Obama tidak dapat membantu beliau dalam segi siasatan penyelewengan 1 MDB.

Malaysia bersetuju membeli 4 kapal tentera laut China dan menandatangani 14 perjanjian berjumlah RM143.640 bilion (AS$34.25 bilion), menurut Bernama, selepas pertemuan antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Najib pada Selasa.

Najib juga memberi projek pembinaan keretapi ke Tumpat sejumlah 55 bilion kepada china dan juga merupakan hutang kepada China. Adakah China komunis nak bagi hutang jika tidak ada apa-apa gadaian dibuat?

1 comment:

  1. Ko tau tak citer sebenarnya atau saja2 buat tak tau ...sudah2 la jangan nak cuba spin

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.