Thursday, November 3, 2016

Satu Dunia Siasat Anak Tiri Najib Tapi Menteri Umno Kata Tiada Kes



Satu dunia kenal siapa anak tiri Najib yang bernama Riza Aziz kerana beliau seorang produser filem porno terkenal di Hollywood. Filem anak tiri Najib ini diharamkan masuk ke malaysia kerana  penuh dengan adegan lucah.
Pada Julai yang lalu, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan saman merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB iaitu duit rakyat Malaysia. Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat Riza, Red Granite Pictures.

Turut dinamakan dalam permohonan (DoJ) ialah ahli perniagaan dan cina kesayangan Najib dan Rosmah iaitu Low Taek Jho, atau Jho Low.


Tup..tup seorang timbalan menteri umno kata anak Najib tidak akan berdepan siasatan di Malaysia kerana Putrajaya menganggap beliau tidak terbabit dengan kes rasuah.

Kata menteri umno juga Riza juga tidak langsung terlibat dalam siasatan melibatkan syarikat kehilangan duit rakyat dalam syarikat milik negara (1MDB).

Razali berkata SPRM sudah pun menyoal Jho Low dan perkara itu dianggap “selesai”. Tetapi Ketua Polis Negara Datuk Khalid berkata susah untuk menjejaki Riza Aziz dan siasatan diteruskan.




Fakta Kes mengenai Riza Aziz Anak Tiri Najib


Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.  

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.

4 comments:

  1. Tunggu perkembangan DOJ. Bila betul2 dah saman di mahkamah kelak baru betul ada kes. Sekarang cuma cherita shok2 saja. DOJ benarkan Red Granite beroperasi pula. Jangan lupa Hollywood di USA dan DOJ juga di USA. . Banyak wayang di sana. Admin kena hati2 nnt USA boleh main Admin balik..

    ReplyDelete
  2. Semah Puaka Nyiang RapikNovember 3, 2016 at 11:15 AM

    Mendengar cakap orang bodoh (yang menganggap pembaca dan rakyat semua bodoh) dan kaki ampu tidak berguna inilah standard menteri umno yang ada

    ReplyDelete
  3. apa yg razali ibrahim tahu.. dia tu kan hanya timbalan menteri di jabatan PM, sedangkan husni sbg menteri kewangan kedua pun tak tahu, ditipu najis.. ini kna pula sekadar timbalan. mesyuarat mingguan pun razali tak ikut..
    tapi yg menariknya..
    *sprm telah bertemu dgn jho low tetapi tak mahu dedahkan apa isi perjumpaan..*
    hakikatnya isi perjumpaan ini adalah sprm memgajar jho low supaya lebih cerdik n menghapuskan semua bukti yg berkaitan dgn najis.. sprm, polis semuanya dikawal oleh najis sekarang, maka bukti2 ini dapat ditukar selagi najis berkuasa..

    ReplyDelete
  4. Dari manakah duit berjuta juta dan aset diperolehi ?adakah dia simpan semenjak kecil?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.