Friday, November 18, 2016

Surat Terbuka Buat Pekida, Pekima dan Prima Yang Menyokong Baju Merah dan Pemimpin Penyamun



Surat terbuka dari orang lama kepada :-

Ahli-ahli PEKIDA , PEKIMA , PRIMA.
(30, 36, 77) YANG BERBAI'AH.

BAJU MERAH?

ASSALAMUALAIKUM.
Ayahanda² kekanda² adinda²...

Biar saya bahasakan diri dengan panggilan Pak Long..

Pak long telah lama berjuang dalam perjuangan ini dan Pak long rasa semua yang berbai'ah pun sedar dan tahu tujuan kita berbai'ah atas dasar apa... melihat keadaan sekarang paklong sangat sedih dan rasa terkilan dengan segelintir ahli-ahli bai'ah sekalian yang menyertai kumpulan baju merah yang di ketuai dato jamal yang sudah terang² berjuang demi kepentingan politik beliau... pak long sendiri dahulunnya sehingga pru 13 masih menyokong umno kerana merasakan inilah satu parti yang membela kaum melayu... tetapi di masa sekarang ini pak long melihat umno tidak lagi seperti dahulu.

Pak long ingin menasihati ahli² bai'ah sekalian ..

sedarkah kalian apa yang kalian dah lakukan dengan menyertai kumpulan baju merah..? adakah kalian ingat sumpah bai'ah kita semasa 30 juzu' al quran di kepala kita? wallahi wabillahi watallahiwaminarrasulillahi... kita bersumpah akan melaksanakan segala perintah allah dan tinggalkan larangannya... dahulu perjuangan ini di panggil geng 30 atau 3 line... orang yang mula² bawak 30 masuk malaysia ialah allahyarham ustaz pak bong beliau seorang yang berpendidikan agama yang tinggi... tujuan dia buat benda ni tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memartabatkan agama dan bangsa supaya bangsa melayu dan islam merdeka...

Jadi untuk apakah kalian berjuang dengan kumpulan baju merah? nak bela bangsa melayu? soalannya .. siapa yang khianat bangsa melayu? kumpulan bersih kah atau pemimpin korup yang ada sekarang yang terdiri dari melayu umno? buka mata kamu luas² buka hati kalian untuk menilai.. jangan dek kerana sedikit habuan kamu dengan tidak sadar telah merelakan bangsa kamu terus mengemis di negara sendiri.. sedarlah kalian..

1. Siapa yang telah menghakis rizab tanah melayu hingga tinggal tak sampai 20% sekarang? jawapnya Umno.

2. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)? jawabnya umno

3. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan? jawabnya umno.

4. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

5. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

6. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

7. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

Banyak lagi pengkhianatan² umno kepada orang Melayu... panjang lebar kalau nak di senaraikan di sini... kita lihat sekarang dah berpuluh tahun kita mencapai kemerdekaan sepatutnya dengan kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh negara kita sudah pasti negara akan bebas dari kemiskinan, tetapi apa yang kita dapati ialah masih ramai miskin tegar yang rata² melayu islam... kenapa? ini kerana harta mereka di curi oleh pemimpin dengan cukai² yang tak masuk akal...

Wahai saudara² seperjuangan pak long sekalian... jika kalian nak berjuang di atas dasar bai'ah turunlah lawan dengan UMNO kerana mereka jelas mengkhianati bangsa dan agama... agama islam melarang dengan keras mengutip cukai kepada orang islam lagi² kepada yang miskin... tetapi umno rakus mencukai kepada orang islam tanpa mengira miskin dan kaya melalui GST... dan UMNO juga telah banyak mengkhianati bangsa melayu dengan penyelewengan harta negara... dah banyak aset negara telah di juak kepada china.. dalam setiap perhimpunan UMNO kita selalu mendengar mereka menepuk meja dengan lantang "hidup melayu" tetapi hakikatnya mereka sendiri telah memperdayakan melayu yang sentiada dhaif dan tidak bermaya... maaf kalau kata2 pak long menguris hati... bukan menghina tetapi itu hakikatnya...

Ayuh...!! bangkitlah wahai ayahanda², kekanda2, dan adinda sekalian... bangunlah lawan rejim UMNO yang telah lama mengkhianati bangsanya sendiri dan agamanya... ini lah masa kita bangun membela tanah air kita dan agama kita.. jangan biar negara kita terus tergadai sedikit demi sedikit.. jangan di masa depan nanti anak cucu kita meludah kuburan kita dan maki hamun perjuangan kita... jangan di sebabkan kita, bangsa kita terus mundur dan negara terus tergadai.. jangan jadi kan perjuangan kita sebagai sampah dan cakap tak serupa bikin.. bersumpah nak bela agama bangsa dan negara tetapi kita menyokong UMNO yang khianat bangsa agama dan negara...

AYUH KITA UBAH NASIB BANGSA KITA.. AYUH KITA UBAH NASIB NEGARA KITA... LAWAN KERAJAAN ZALIM HINGGA TUMBANG... AYUH IKUT PAK LONG BERSAMA BERSIH 5 DI KL NANTI... BUKTIKAN BAI'AH KAMU BERFUNGSI DENGAN TEPAT... DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA... KITA BERSAMA TELAH LAHIR DI MATAHARI TERBENAM DENGAN AL QURAN MENJADI HAKIM KEPADA KITA... SEGALA SUMPAH DAN JANJI TELAH TERMETARAI JANGAN KITA KHIANATI SUMPAH KITA KERANA SEDIKIT HABUAN.. BELA LAH AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR KITA... BUANG SIKAP PERKAUMAN.. KERANA AGAMA MELARANG BERSIKAP PERKAUMAN.. KRMBALI LAH KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH... IN SHAA ALLAH..

WALLAHI WATALLAHI WABILLAHI WAMINARRASULILLAHI

DEMI ALLAH DEMI RASULULLAH

wau ba ta

Nasihat ikhlas dari pak long (4s)///

jumpa di bersih 5.

6 comments:

  1. Chakap banyak tak guna Pak Long. Esok turun lah. Pak Long boleh duduk dalam kain China boss baju kuning. Yang baju merah boleh duduk dalam kain lelaki Melayu boss baju merah.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Dapat Azmin Ali dengan Lim Guan Eng, jangan lupa adam rosly jutawan muda 28 tahun ade datuk lagi. Taniah Pak Long memang bersih sangat.

      Delete
  3. Pak long nak sokong yahudi ke ni..nanti pak soros blh lah derma kat pak long sikit..sokong kuning haram..paham tak..

    ReplyDelete
  4. Pak long x ujud dan palsu..mana mungkin 'pak long' yang tua munkin buta huruf blh berbahasa begini..ini semua kerja puak2 haram tajaan yahudi..puak2 tolol pembangkang bolehlah di perbodohkan..

    ReplyDelete
  5. Buat lle , pepe pun yg dok didedak ttp mendedak...

    Yg pastinya nnayu perintah dah 59 tahun, yg merempat kebanyakannya nnayu...

    Tak cukup lagi ekonomi di kawal oleh china mesia, now import china kominis pulok...

    Entah lah labuuuuu..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.