Wednesday, December 14, 2016

Pas Nasihat Orang Ramai Jangan Percaya Pas Terima RM90 Juta dan Mahu Bergabung Dengan Umno


Pas menasihati orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada pimpinan PAS sebelum mempercayai sebarang tulisan di media sosial.

Ia kerana, katanya, berita tidak benar seperti itu mungkin juga ditulis oleh "orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, dan (aktivis perang) saraf musuh".

Pas dituduh mahu bergabung dengan Umno, Pas juga dituduh menerima dana daripada Najib sejumlah RM90 juta. Selain daripada itu Pas juga dituduh mempertahankan Najib Razak apabila tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?

Orang ramai perlu bertanya sendiri dengan pemimpin PAS dan jika tidak mahu berjumpa dengan pemimpin Pas pun bacalah Harakah atau hadir dalam ceramah Pas.
 
Walaubagaimana pun apa yang kita dilihat sejak akhir-akhir ini pemimpin PAS terlalu angkuh dan jarang turun padang,mereka juga dilihat terlalu mesra dengan pemimpin umno. Ada kejadian dimana bila jemputan dibuat kepada MB Kelantan ditolak mentah-mentah dengan memberi alasan "boleh ke? awak mengadakan lebih dari 300 orang". Dan sekarang ini rakyat Kelantan sedang merasa kesengsaraan malah akan jadi porakperanda.

7 comments:

  1. Tindak tanduk pemimpin Pas sekarang ni yg menimbulkan tanda tanya. Kalau ada terima pun apa salhnya jika orang nak menderma. Duit yg didermakan itu pun duit 'derma' juga kan!!!!. Tak gitu pak jib????

    ReplyDelete
  2. Agama PASampah dibolehkan ke kejap cakap kafir kan sesama muslim, dia tentang sebab dUMNO meneruskan perlembagaan kolonial-kafir, kejap kata nak saman, kejap kata nak ludah dUMNO, kejap dibolehkan berkerjasama dengan kafir-DAP, kejap dah tak boleh.......ini fatwa ikut angin satu badan ke???

    Ada orang-ahli parlimen PASampah baca PACarimakan Report ke? Kalau ada atau kepala-putar presiden baca, tak ada nampak duit kena songlap dengan kerajaan yang konon membela melayu-muslim?

    ReplyDelete
  3. Sungai Rapat senyap seolah2 redho Dap panggil Madey Bapak Ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah ted manoff ..memang hebat tekaan ted manoff. Sampai org yg redho pun dia boleh tau. Hebat ted manoff ni. Memang taraf ulamak dia ni ..

      Delete
    2. Jangan lah Anon melalut ke Ulama pulak. Ada kah Admin protest juga takat dalam hati, ngomel sorang2 atau sepak baldi dalam tandas. Tuduhan si Bangga lu Shsmsher tu sangat serious lah.

      Delete
    3. Tak melalutlah ted manoff ..memang kau ni terlalu pandai beb ..kau cakap semua betul beb ..org lain semua tak betul

      Delete
  4. Isu bergabung dan 90juta dah jelas satu tuduhan berbentuk fitnah. Akan tiba saat fitnah makan diri pemfitnah. Skrg pun dah nampak sedikit demi sedikit bagaimana fitnah tu ditolak rakyat.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.