Sunday, December 11, 2016

Pelik: Umno Kecoh Surat Zahid Minta Najib Letak Jawatan Tersebar, Namun Tiada Satu Pun Laporan Polis DiBuat


Semalam umno kecoh dengan penyebaran surat ditandatangani oleh Zahid Hamidi mendesak Najib Razak PM meletak jawatan ekoran isu -isu yang mencemar imej negara..

Kebiasaannya puak-puak dedak umno akan berpusu-pusu membuat laporan polis bagi menangkap si penulis surat itu namun tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh mereka.

Antara yang tukang buat laporan Polis yang telah mendapat anugerah ialah:

1. Si Azwan Bro yang kini dianugerahkan senator hasil laporan Polis yang dibuat terhadap penjawat awam yang tidak mahu mengikut telunjuk Najib

2. Azwandi Hamzah Pengerusi JMM yang dianugerahkan gelaran Dato juga hasil berpuluh-puluh laporan polis yang dibuatnya terhadap Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin

3. Dan banyak lagi

Namun bila kes kononnya surat palsu yang ditandatangan oleh Zahid Hamidi teelah tersebar tiada seorang pun puak dedak umno yang mahu membuat laporan polis...kenapa?


Pada pendapat saya mungkin mereka tidak mahu pihak polis menyiasat dengan terperinci siapa penulis surat tersebut mungkin penulis adalah dikalangan puak-puak umno juga.

Ada kemungkinan mereka mahu menjatuhkan Zahid Hamidi yang mereka nampak kuran mempertahankan Najib dalam isu 1 MDB.

Ketua Twitter Negara kini sedang meneliti apa tindakan yang patut diambik dalam hal ini atau tunggu arahan selanjutnya

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.