Thursday, January 5, 2017

Mufti Patut Contohi Ketegasan Datuk Bahri Bukan nya Bersekongkol Dengan Perasuah


Mufti sepatutnya mencontohi ketegasan bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin yang memilih untuk bersara awal kerana tidak mahu bersubahat dengan perasuah yang berkuasa.


Sebagai penasihat dalam bidang hal ehwal Islam mufti sepatutnya menasihati mana-mana pemimpin yang melakukan kezaliman terhadap rakyat dengan mencuri wang rakyat dan melakukan rasuah secara terang-terangan.

Sepatutnya mufti juga menjadi orang tengah antara pemimpin atasan termasuk Raja-Raja dan rakyat marhein.


Namun semua itu tidak berlaku pemimpin dibiarkan mencuri dan merasuah secara terang-terangan sedangkan rakyat terpaksa menanggung segala bala yang dibuat oleh pemimpin tersebut. Apakah ini betul apa yang mufti lakukan sehingga ini.

Mufti dilihat lebih cenderung mempertahankan pemimpin rasuah daripada membela nasib rakyat miskin.

Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara yang kaya raya aman makmur namun apabila pemimpin ini memerintah segala harta dimukabumi ini disalahguna.

Mufti perlu mencontohi Datuk Bahri iaitu individu yang bertanggungjawab menjalankan dan mengetuai siasatan dalam kes SRC International pastinya kekecewaan beliau tidak terbendung apabila kes ini tidak didakwa di mahkamah.
 

Datuk Bahrin telah menunjukkan protes yang amat baik kepada pemimpin yang gila mengambil wang rakyat untuk dijadikan wang peribadi.

Jika rasuah dan kegiatan mencuri wang rakyat terus berlaku muftilah antara individu yang perlu bertanggungjawab kerana jawatan mufti dibayar oleh rakyat.

5 comments:

  1. Mufti ada ilmu dan akal. mereka tak nak muflis dan merangkak di akhirat menuduh orang buat salah dan dosa tanpa bukti saheh.

    Bahri tu dia sendiri penuh dgn palitan najis.. rasuah dan penyelewengan keluarganya. tiba2 bercakap seperti tok wali?

    dia juga mengaku memilih2 profil kes rasuah. oleh itu jelas dia pengkhianat dan tidak amanah.

    lepas pencen meroyan mcm org sakit mental!

    Wahai blogger pengampu perosak rakyat.. kamu fikir dululah sebelum posting.. simpang kejahilan murakab tu buat anak cucu kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sah engkau pun kaki rasuah.

      Delete
    2. Tulis macam tu pun jadi kaki rasuah ka?

      Delete
    3. Ahli agama mana anon 11.25 ni. Dia lak lagi tau. Mufti ni semua betul ke.

      Delete
  2. Mufti Harussani dan Shukri tu ada telepon aku beberapa minggu lepas mengadu tak boleh tidor. Mereka bagitau aku agak payah nak sokong Bahri pasal Bahri pun seorang yang sangat korup salahguna kuasa SPRM serbu pejabat Kolej KIST. Aku beritahu dua mufti tu supaya jangan ambil pusing kes Bahri yg korup itu. Semalam Mufti2 tu telepon lagi kata boleh tidor dah. Baguslah tu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.