Wednesday, January 4, 2017

Rahman Dahlan Mengampu Tak Kena Tempat Sehingga Membodohkan Diri Sendiri



Bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) badan itu, Datuk Bahri Mohd Zin berkata bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ini fakta kes yang dinyatakan oleh Datuk Bahri bekas orang kuat SPRM.
 

Namun Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu memutar belitkan cerita kononnya pihak SPRM telah menghubungi Datuk Bahri dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan,” kata Datuk Bahri.

Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.

“Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.

"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.

“Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.

Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.

“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi.

Kita berharap agar Datuk Bahri melakukan kehidupan selepas persaraan dengan lebih selesa.

2 comments:

  1. Bukan mengampu. Rahman Dahlan ni memang bodoh yg amat. Dia ni punya sayang dengan jawatan sampai sanggup buat apa saja. Susah tu nak dapat. Berapa banyak jilatan nak kena buat. Dia ni pakar jawatan politik lantik. Bab mengampu ni Rahman antara yg pakar. Buat garang tu bukan apa. Cuma itu memang stail Rahman tutup kebodohan dia.

    ReplyDelete
  2. Kat negara ni orang yg jahat dipandang mulia. Manakala orang yg jujur mcm datuk bahri dipandang hina.
    Sekarang pun dah banyak bala masih tak sedar diri. Tunggu bala besar datang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.